Thursday, March 5, 2009

Stress , tension , keliru and arrrrggggghhhhhh

ASSALAMUALAIKUM

Ok ok ok --- -.-
kembali saya hari nie dimana sewaktu saya bermain badminton ada seorang mamat yang sudi telefon saya dan mengacau saya waktu itu..tapi saya tak kisah dimana saya berasa seronok dimana masih ada sedara saya yang masih ingin meneruskan perjuangan dalam hobi atau dikenali sebagai permainan hobi radio amatur ini...

Kali ini saya lebih berterus terang siapa abang2 saya yang betul2 semangat dalam ujian cw test yang akan datang ini.Rakan yang telefon saya tadi ialah 9W2JEN..
buat abg Jen nie saya nasihatkan supaya semangat itu kena teruskan cuma anda harus jangan sekali give up. maksudnya disini anda harus relax , tenang dan jangan tension apabila anda melakukan dalam apa jua perkara yang baru anda buat.terutama dalam CW(Continous wave/morse code) dimana benda ini kita baru belajar.Memang agak susah untuk kita
mempelajarinya.Tetapi INSYALLAH anda akan dapat belajar seperti sewaktu anda di tadika dahulu dimana kita belajar A-Z...dan tidak putus asa Cikgu itu mengajar anda sehingga anda dapat A-Z tu sehingga lah anda tamat dalam tadika dulu.kemudian anda belajar ALPHABET A to Z ketika anda SWL dulu untuk anda hafal A apa, B apa...sehingga kini anda telah berjaya hafal kesemuanya sekali.Serupa juga Morse Code ini.INSYALLAH anda akan dapat catch-up satu hari nanti cuma lambat dan cepat sahaja.
Cuma satu sahaja saya ingin beritahu jangan give-up.......................................................


Bagi ABG RiE 9W2RIE pula anda pun sama.jangan sangat stress dan tension.bila anda alami kedua2 perkara tersebut nescaya anda tidak akan dapat apa jua yang anda ceburi tak kira dalam apa jua bidang sekali pun....

dan juga tak ku lupa buat Abg L yang aku selalu ceritakan dalam POST sebelum ini,iaitu 9W2LLK

oK..sebenarnya saya masih tidak mahu cerita keadaan sebenar ketika dalam peperiksaan tersebut kerana buat ABG2 saya nie semua kali pertama ambil kan?????
Ini kerana saya hendak biar ABG2 nie semua anggap susah ketika peperiksaan dan biar rasa diri itu takut..tapi dalam post sebelum ini saya telah pun keluarkan situasi atau keadaan sebenar morse code test tersebut dimana saya ulang sekali lagi..
Exam mempunyai 2 sesi iaitu Sesi pagi dan petang...
Sesi Pagi dimana SESI PENERIMAAN

dalam sesi ini anda harus meneliti terlebih dahulu sebelum ujian sebenar bermula....
Mereka(MCMC tester) akan menghantar ayat lain terlebih dahulu bagi ujian Tone kepada anda semua selaku Candidate CW test ini.Kesempatan ini saya ingin menasihatkan sedikit dimana jikalau boleh anda semua berpakat terlebih dahulu dan bertolak ansur diantara satu sama
lain.Maksudnya anda harus TUNE atau adjust tone speaker yang MCMC akan hantar dalam Ujian sebenar mengikut keselesaan telinga anda untuk copy kesemuanya.Jikalau anda masih tidak dapat copy kerana keselesaan anda di tempat anda duduk itu tidak sesuai dengan jarak speaker pada telinga anda.Jangan rasa segan dan silu minta MCMC tester itu adjust lagi atau anda boleh minta untuk tukar tempat dan cuba berpakat dengan Candidate lain dimana anda ingin tukar tempat dengan beliau...atau juga ingin cuba pindah tempat kosong jikalau ada...

pada mulanya mereka akan hantar ayat percubaan iaitu seperti sewaktu ketika saya ambil exam tersebut adalah
KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PUASA.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
UJIAN SEBENAR AKAN MENYUSUL.SELAMAT BERJAYA

dan ujian sebenar sewaktu ketika tahun yang saya ambil iaitu
KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.
PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.


Cuba kamu perhatikan dimana hanya Huruf dan simbol satu sahaja iaitu fullstop (.-.-.-)
dan seterusnya Mereka akan beri masa peluang untuk anda salin atas kertas jawapan yang disediakan itu.ketika itu jangan lepaskan peluang dimana anda cuba meniru rakan sebelah atau depan atau juga belakang yang mana anda harus berpakat dahulu sebelum ujian ber
mula.
INI atas usaha dan kegigihan anda semua....
dan Ujian seterusnya iaitu nombor sahaja yang random...maksud disini random adalah
50 digit nombor yang akan dihantar secara rawak..tidak ikut susunan..
Bagi saya nombor ini amat mudah untuk dipelajari..saya akan beritahu kelak dalam post yang akan datang...

oh lupa ada lagi satu..tentang sesi berikutnya jikalau anda lulus pada sesi penerimaan dan anda akan masuk kesesi berikutnya iaitu sesi penghantaran...bagi saya anda tidak perlu risau dan suggestion saya anda tidak perlu sekali belajar menghantar ini kerana hantar amatlah mudah.dan anda boleh menghantar kerana anda telah mengenali kesemua huruf atau nombor atau juga simbol.Tetapi anda susah untuk mendengar atau menerima kerana anda tidak tahu apa yang akan anda terima..nescaya lah apabila anda sudah boleh mendengar secara otomatik anda boleh menghantar...SAYA tidak galakkan anda belajar menghantar...itu saya harapkan.....

ok....saya akan cuba kejar anda semua ini dan anda juga harus kejarkan diri itu untuk target dalam apa jua yang anda lakukan..cuma sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa anda
Jangan lah mudah putus asa(give-up)
Jangan stress kerana ini akan meganggu anda untuk dengar ujian tersebut...
Anda semua harus lah enjoy ketika dalam ujian tersebut atau benda baru yang anda pelajari iaitu Morse Code
Jikalu anda gagal kali ini tidak semestinya anda akan gagal seterusnya..
Usaha adalah tangga kejayaan......

sekali lagi saya ingin ingatkan dimana anda boleh telefon saya atau email saya untuk sebarang pertanyaan jikalau anda rasa bermasalah dalam pembelajaran morse code ini....
INSYALLAH ada apa yang boleh saya bantu...saya akan bantu...
email: 9m2aur@gmail.com
Hp no.: +60126309034

No comments: