Friday, November 6, 2009

APRS Issue.....

Assalamualaikum
Salam Sejahtera....

lama tak post kat blog ni...baru2 nie di gempurkan sekali lagi issue class of emission of APRS Communication dimana kelas untuk mod Packet Communication adalah :

RTTY: FSK/AFSK - guna F1B/F2B
APRS: AFSK(1200bps) - guna F2D
GMSK (1600bps) - guna F1D

ok memang betul apa yang dikatakan class of emission yang terdapat dalam AA kita tiada untuk kelas f1d dan f2d...baik pun 9M atau 9W....
persoalan saya disini kenapa setiap kali perkara yang berlaku selepas kejadian....atau selepas orang dah ramai berminat , kemudian baru timbul isu2 tak kene seperti issue sekarang ini.... dan membuatkan para2 peminat APRS ini takut....saya jadi hairan kenapa isu seperti ini selalu berlaku disana...kalo kita kaji2 semula ia datang dari satu tempat nun jauh disana...isu2 ini semua dari sana...kenapa tak datang dari tempat lain...i means issue yang melibatkan pada pihak atasan ini selalu datang dari sebuah negeri sana......

saya Harap pada semua rakan2 yang ada pasang igate di rumah...supaya tidak off dan active semula your igate,digipeater,and s-gate for packet communication...

jangan layan issue tu semua...
pedulikan...

9w2tpt - off (i hope come to on back your i-gate)
9w2rut - give time to on your i-gate...(hahahahaha)
any more i gate...? lets to on your i gate back....

73s
de 9M2AUR

Wednesday, September 30, 2009

ISS Packet Comunication & CW Menjelang tiba

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Lama tak jumpa....
pagi nie saya cuba TX ke ISS dalam mode packet
ALHAMDULILLAH pagi nie ISS active on packet mode....


Kini CW Exam akan tiba lagi dalam masa seminggu lagi
Saya akan doakan kejayaan rakan2 yang menduduki exam CW. bagi yang tidak kesempatan untuk turut serta CW exam kali ini boleh turun untuk melihat rakan2 kita yang ambil CW ini...bagi mempelajari cara2 exam CW tersebut...

dan bagi yang menduduki EXAM kali ini...
all the best
Kini masa untuk mendengar dalam bentuk ayat supaya kita biasakan dengan speed yang setaraf dengan ujian yang sebenar.kelajuan cw Dalam linkungan 11-13WPM (Words per Minutes)....

Saya ada emailkan pada rakan2 yang saya ketahui yang akan duduki ujian morse code..pada rakan2 yang saya tidak QSL maybe boleh say hi pada email saya 9m2aur@gmail.com
dana saya akan hantarkan morse code dalam bentuk wave file...untuk anda semua....

73
all the best
Wassalam

Sunday, August 23, 2009

APRS Tracker + cable power to transciever + shipping


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

kembali disini dengan cerita ceriti mengenai APRS iaitu Amateur Radio Packet System
mengenai kisah dia atau pengenalan dia saya ada cerita pada post yang sebelum ini...boleh lihat pada older post..
LINK 1 contoh operasi APRS
LINK 2 APRS Communication

Tempahan untuk tracker APRS homebrew siap sekali dengan cable untuk supply tracker tersebut dan disambung pada alat transciever kita

RM180 Tracker Homebrew made......











Cable RM20


Shipping cost - RM10 to Peninsular Malaysia
Shipping cost - RM?? to another place

you can Call for order and email
9W2RUT - Handle by Weerut
+60162700899
9w2rut@gmail.com

9M2AUR - Handle by AIMIL
+60126309034 - *SMS only*
9m2aur@gmail.com

73

Saturday, August 22, 2009

>KEMBALI SEMULA<



Assalamualaikum
Salam Sejahtera...

ALHAMDULILLAH sempena bulan Ramadhan ini aku telah jumpa cara untuk undelete blog ini dan masalah yang terjadi pada blog ini yang aku sendiri terkejut....cerita ceriti serba sedikit mengenai blog ini dimana blog ini telah kena block disebabkan system security senang di pecah....sehingga saya sendiri terkejut dengan blog saya ni....dan terpaksa saya menipu rakan2 dimana katakan blog ditutup lah...ada virus lah...padahal kena block...so saya akan kembali semula dimana saya dapat selamatkan blog ini....dia tak delete habis....atau clear kan betul2....

ok mengenai apa posting saya ini adalah cerita yang benar..bukan rekaan dan sebagainya....
kerana email yang saya dapat agak kasar sedikit...dan meminta saya tutup blog ini..kerana semua cerita dalam blog ini dianggap palsu.....

kesempatan ini dibulan yang mulia ini saya ingin memohon maaf jikalo ada salah dan silap saya tak kira sama ada melalui hati,perasaan,percakapan,pertuturan malah perbuatan saya..saya mohon beribuan maaf....

DE 9M2AUR
p/s: susuli dengan CW dan program semasa puasa ini.....
73
Wassalam

Thursday, June 18, 2009

Amateur Radio World Map




Assalamualaikum

Amateur Radio World Map lengkap dengan callsign. -refer attached-
Sesuai untuk backdrop shack anda.

-Tahan lasak, kalis air
-Saiz 5'x3' plastic banner material base.
-Resolution tinggi.
-Stock terhad.
order by phone / e-mail.

Harga RM90 COD. Pos Semenanjung + RM10

Cara pembayaran bank-in - Maybank

012-6309034

Tuesday, June 16, 2009

Project Interface kembali lagi....

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

kali ini mengisahkan tentang project interface untuk kegunaan echolink dan jenis2 digital communication yang jarang oleh rakan2 ceburi...
iaitu SSTV
My SSTV experiment from ISS RTTY

Echolink
dan macam2 lagi yang ada seperti APRS (ui-view32 , UISS , dan lain2 lagi)

ok berbalik pada cerita tajuk asal dimana project interface kini kembali dengan mengetahui terlebih dahulu diagram dan jenis pengoperasian...
diagramnya:
Ia mempunyai 3 pengoperasian atau 3 kerja yang dilakukan iaitu:
kerja pertama
*
Audio dari radio(transciever) iaitu sebelah kanan atas diagram disambung pada mic komputer soundcard komputer pada sebelah kanan atas diagram

kerja kedua
**
Audio dari komputer iaitu output sound card komputer disambung kepada mic input radio(transciever)

kerja ketiga
***
Comport atau serial port atau juga dikenali DB9 yang akan menolong untuk tekankan PTT...
iaitu ia disambung dari comport kepada ptt radio(transciver)

gambar interface yang sudah siap
tetapi audio di tapis oleh perintang(resistor) dan juga perintang bolehubah (variable resistor)
Dan kini saya gantikannya dengan Audio transformer yang post pada sebelum ini

apabila dimasukkan dalam kotak....dan boleh membuat pelbagai bentuk dimana seperti kotak lampu isyarat pun boleh juga bila TX lampu merah menyala
bila RX lampu hijau menyala...
buat macam suasana konti radio broadcast... hi hi hiSelamat mencuba dan selamat berjaya dalam apa jua yang dilakukan...
all the best
Salam

de 9m2aur
--... ...--

Friday, June 12, 2009

sampai juga akhirnya...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera...
hampir seminggu dok menunggu barang nie...akhirnya tepat jam 11:53 tadi dapat satu panggilan telefon yang tiada senarai dalam phone sim aku...pada mulanya jadi keraguan untuk angkat...sebab malas dah nak layan telefon nie....akhirnya angkat juga takut ada emergency ker ape...rupa2nya ini postmen CHINA EXPRESS call..dia beritahu puas cari rumah tak jumpa...nak hantar barang...

Barang yang dibeli...
Transformer
untuk kegunaan interface echolink atau juga jenis2 komunikasi yang lain dimana interface ini disambungkan dari radio ke komputer...


sungguh kemas cara pembungkusan...
boleh order lagi barang2 dengan company ni lah...lagi pun nak order lagi nie...
ada sesape nak kirim sekali...
boleh digunakan untuk audio radio...contoh macam anda nak buat
- sambungan dari radio ke komputer...
- dari equalizer ke radio ..
- cw osilator ke radio
- digital communication dengan radio (digital gadgets to radio)
- and anythings else for audio or digital

thats all from me
Best Regards
de 9M2AUR

Thursday, June 11, 2009

cara untuk dapatkan RHYTHM CW (morse code)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


maaf agak lama kita tak jumpa dengan cerita CW ini....
kerana agak QRL dengan melayan perasaan dan hati ini....

ok...
kali ini cerita mengenai cara untuk dapatkan rhythm CW ini....
minggu sudah eyeball dengan 9M2WT dan beberapa lagi rakan ini menceritakan tentang cara untuk dapatkan rhythm.Cara ini saya pernah gunakan dulu dimana agak bersesuaian dan harus peka dengan setiap huruf dalam sesi pembelajaran kita.
Kepada sesape yang menggunakan software CW_player boleh bermain quiz dengan speed WPM dia pada kelajuan yang lebih tinggi...contoh untuk kita dapatkan lebih mudah pada 12WPM dengan kita belajar pada kelajuan 18WPM apabila kita telah mengenali setiap bunyi huruf tersebut...
Ini kerana untuk kita membiasakan dengar rhythm dia pada bunyi *dit*.* di kelajuan 18wpm
dan cuba dapatkan rhythm dia...seperti:
V V V ...- ...- ...- cuba dengar pada kelajuan 18WPM dan bezakan pada 12 WPM...
huruf S dan H ... .... , ... .... pada kelajuan 18WPM dan bezakan pada 12WPM

bagi huruf yang yang mempunyai *Dah*-* cuba reduce sedikit pada kelajuan 16WPM untuk kita dapatkan rhythm bunyi *dah*-* tersebut...
Q dan Y --.- -.-- , --.- -.-- bezakan 16wpm dengan 12WPM
P dan J .--. .--- , .--. .---
dan seterusnya

Selamat mencuba
de 9m2aur

email: 9m2aur@gmail.com

Friday, June 5, 2009

Communication via internet

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Ulangan POST......

Kali ini adalah komunikasi yang menggunakan internet yang terdapat dalam hobi radio amatur iaitu seperti ECHOLINK , EQSO dan beberapa software lagi
yang ada.

ECHOLINK
Cara untuk mendaftar dan bekerja dengan software ini.
Langkah pertama download dahulu software echolink ini pada http://www.echolink.org/

Kemudian running dahulu software tersebut dengan memasukkan data2 yang diperlukan seperti callsign , password dan berikutnya. and click ok..
setelah anda masukkan butir2 anda dalam echolink......

Masuk semula pada web page http://www.echolink.org/ tersebut untuk kita validate callsign kita.
Click Validation
masukkan callsign dan alamat email anda.....
kemudian echolink akan menghantar satu email pada anda untuk pendaftaran berikutnya.Echolink akan minta data pengenalan callsign seperti gambar (scan) penguntukan radas (Apparatus Assignment - AA).
Upload AA kita dan tunggu sehingga echolink anda berjaya untuk diguna pakai.
seperti gambar rajah dibawah...............
Sebarang pertanyaan boleh email terus pada saya 9m2aur@gmail.com

73 de 9m2aur
Salam

Friday, May 29, 2009

my APRS mobile info 9M2AUR-9 with iGate 9M4GMK-3

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA

just nak berkongsi bersama mengenai APRS ini
ini hasil mobile saya dan Igate setup saya...

macam sistem captor yang terdapat sistem security yang ada pada kenderaan proton baru ini...
hasilnya......

kepada sesiapa yang ingin mendalami APRS communication ini sila lawati tutorial di link ini
http://perlis.marts.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=31

dan sesiapa mempunyai software google earth....
anda hanya memerlukan satu file untuk APRS digunakan dalam software google earth bagi memantau station APRS kita tak kira mana jua...sama ada di Malaysia atau diluar negara...cara untuk melihat Station APRS itu anda perlu lihat diatas peta Malaysia dan tunggu beberapa saat sehingga Station APRS muncul atas peta di dalam software google earth tersebut...
selamat mencuba...dan mengkaji jenis komunikasi APRS (Automatic Packet Radio System)
Sila download dahulu software APRS yang ingin digunakan di dalam software google earth
Click link dibawah ini untuk download file APRS in google earth
http://perlis.marts.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=31

all the best...
selamat enjoy dalam hobi radio amatur....

73
de 9M2AUR
WASSALAM...........