Wednesday, March 25, 2009

Perjalanan jauh..merayau..

Assalamualaikum
Salam Sejahtera.....

Maaf agak lama tak post cerita dalam ini...dimana sibuk dengan aktiviti yang macam2...pada Khamis minggu lepas ke 9V land..jalan2..tapi sayang Camera tak bawa...tapi seronok dapat pergi Bugis Street dimana barangan2 amat murah...tapi semua barang pakaian lah..huhuhu

Kemudian Balik dan pengsan sehari terus pula menjelang Hari Sabtu dengan camping di Hulu Jementah pada 21&22 Mac baru2 ini...dimana saya berkayuh dari Sagil ke Jementah pada cuaca yang sungguh panas dan jalan yang dilalui agak sempit dan banyak kenderaan besar yang melalui jalan diantara Tangkak dan Segamat..tapi apabila habis kayuh dan sampai di tapak camping tersebut, tengok meter tak sampai 30KM...cuma jalan jer agak mencabar kerana banyak bukit dan selekoh2 yang tajam...sampai di tapak camping terus dirikan khemah dan mandi air Jeram Hulu Jementah(kaki Gunung Ledang) yang sejuk...dan sebelah petang pula kayuh offroad pula....seronok!!! enjoy!!! dan macam2....!!!

Tetapi setiap aktiviti yang aku lakukan aku ada rasa macam tak kena...ini lah..itu lah...puas aku pikirkan kenapa...?rupanya Exam CW dah hampir tiba.apa cerita rakan2 ku..aku plak nak keutara sebelum CW exam tu pula..tu pun tengah kira kewangan nie...aduh...
Yang Sebenarnya aku nak tanyakan apa cerita rakan2 ku ini...
kenapa senyap saja...adakah anda semua sudah bersedia...?
Alang2 menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal Lengan.
Alang2 dah Main Hobi komunikasi ini biar sampai ketahap yang boleh dicapai..
Alang2 dan 9W ini , apa lagi...

ok Apa kata kita buat revision Mengenai CW...?
Cara saya dapat belajar CW yang paling mudah untuk hafal ada beberapa STEP sahaja...

HURUF SAHAJA..............................
Step 1 - ALL DIT (.)
. .. ... ....
E I S H

Step 2 - ALL DAH (-)
- -- --- ----
T M O *

Step 3 - 1DIT 1DAH (. -)
.- -.
A N

Step 4 - 2 DIT 1DAH (. . -)
..- .-. -..
U R D

Step 5 - 1DIT 2 DAH (. - -)
.-- / -.- / --.
W K G

Step 6 - 2DIT 2DAH (. . - -)
..-- / --.. / -.-. / .-.- / .--. / -..-
* Z C * P X

Step 7-3DIT 1 DAH (. . . -)
...- / -... / ..-. / .-..
V B F L

Step 8 - 1DIT 3 DAH (. - - -)
.--- / ---. / -.-- / --.-
J * Y Q

* Simbol takde kaitan dengan huruf
***INGAT huruf hanya ada 1 hingga 4 bunyi sahaja...kalo 5 bunyi dalam satu masa kira itu dah jadi nombor pula...

Tapi saya tak guna pun step nie..nie pun baru belajar sama 9M2ARR sewaktu dia ajar 9W2ESM ketika melawat Pak Rahim di Rumah sewaktu beliau MC Sakit...
All the best

DE 9M2AUR
email :9m2aur@gmail.com
Hp no.:0126309034

No comments: