Wednesday, March 25, 2009

Perjalanan jauh..merayau..

Assalamualaikum
Salam Sejahtera.....

Maaf agak lama tak post cerita dalam ini...dimana sibuk dengan aktiviti yang macam2...pada Khamis minggu lepas ke 9V land..jalan2..tapi sayang Camera tak bawa...tapi seronok dapat pergi Bugis Street dimana barangan2 amat murah...tapi semua barang pakaian lah..huhuhu

Kemudian Balik dan pengsan sehari terus pula menjelang Hari Sabtu dengan camping di Hulu Jementah pada 21&22 Mac baru2 ini...dimana saya berkayuh dari Sagil ke Jementah pada cuaca yang sungguh panas dan jalan yang dilalui agak sempit dan banyak kenderaan besar yang melalui jalan diantara Tangkak dan Segamat..tapi apabila habis kayuh dan sampai di tapak camping tersebut, tengok meter tak sampai 30KM...cuma jalan jer agak mencabar kerana banyak bukit dan selekoh2 yang tajam...sampai di tapak camping terus dirikan khemah dan mandi air Jeram Hulu Jementah(kaki Gunung Ledang) yang sejuk...dan sebelah petang pula kayuh offroad pula....seronok!!! enjoy!!! dan macam2....!!!

Tetapi setiap aktiviti yang aku lakukan aku ada rasa macam tak kena...ini lah..itu lah...puas aku pikirkan kenapa...?rupanya Exam CW dah hampir tiba.apa cerita rakan2 ku..aku plak nak keutara sebelum CW exam tu pula..tu pun tengah kira kewangan nie...aduh...
Yang Sebenarnya aku nak tanyakan apa cerita rakan2 ku ini...
kenapa senyap saja...adakah anda semua sudah bersedia...?
Alang2 menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal Lengan.
Alang2 dah Main Hobi komunikasi ini biar sampai ketahap yang boleh dicapai..
Alang2 dan 9W ini , apa lagi...

ok Apa kata kita buat revision Mengenai CW...?
Cara saya dapat belajar CW yang paling mudah untuk hafal ada beberapa STEP sahaja...

HURUF SAHAJA..............................
Step 1 - ALL DIT (.)
. .. ... ....
E I S H

Step 2 - ALL DAH (-)
- -- --- ----
T M O *

Step 3 - 1DIT 1DAH (. -)
.- -.
A N

Step 4 - 2 DIT 1DAH (. . -)
..- .-. -..
U R D

Step 5 - 1DIT 2 DAH (. - -)
.-- / -.- / --.
W K G

Step 6 - 2DIT 2DAH (. . - -)
..-- / --.. / -.-. / .-.- / .--. / -..-
* Z C * P X

Step 7-3DIT 1 DAH (. . . -)
...- / -... / ..-. / .-..
V B F L

Step 8 - 1DIT 3 DAH (. - - -)
.--- / ---. / -.-- / --.-
J * Y Q

* Simbol takde kaitan dengan huruf
***INGAT huruf hanya ada 1 hingga 4 bunyi sahaja...kalo 5 bunyi dalam satu masa kira itu dah jadi nombor pula...

Tapi saya tak guna pun step nie..nie pun baru belajar sama 9M2ARR sewaktu dia ajar 9W2ESM ketika melawat Pak Rahim di Rumah sewaktu beliau MC Sakit...
All the best

DE 9M2AUR
email :9m2aur@gmail.com
Hp no.:0126309034

Thursday, March 12, 2009

Maaf agak penat...


Assalamualaikum..
ok maaf semua rakan2 saya belum datang idea lagi nak post seterusnya mengenai CW nie dan apa2 jua...tengah sibuk dok layan barang2 dari UTARA-utara...hehehe
so saya akan masukkan cerita mengenai cw untuk rakan2 ini semua..INSYALLAH saya akan bantu dari belakang..saya cuma takde idea dimana saya dah terputus hubungan dengan rakan2 yang akan ambil CW nie...hanya ABG R saja yang echolink dengan saya...ABG L saya ada jumpa sekejap...tapi sampai sekarang tak dapat berita lagi..ABG J...senyap dah...cuma post kat sebelah nie jer dalam shout box......lagi sape lagi..ABG G yang kat Puncak Alam...saya doakan untuk abg..sebab dia pun dah tak hubungi saya sempat chat sekejap jer semalam petang..tapi dia dah nak balik kerja...lagi sape lagi nie...dah tak QSL dah...tak ingat..ok jumpa lagi..saya akan masukkan cerita apabila datang idea dari rakan2 nie yang hubungi saya..buat ABG R nie saya masih ingat sewaktu kita echolink...dan saya akan post kan esok atau lusa..INSYALLAH...ok

terjumpa plak dalam komputer...
bye semua...SELAMAT berjaya...

Assalamualaikum
all the best

Sunday, March 8, 2009

maaf agak QRL .....and tension....arrrggghhh jom DX 10M

Assalamualaikum Rakan2...maaf saya agak QRL..dengan ulang alik ke HOSPITAL...dan sempat pernah tido kat lantai hospital pun ada..nasib baik ada sleeping beg...hehehe..
nie ALHAMDULILLAH ayah saya telah sembuh dan selamat dalam proses pembedahan(operation) dan ketika ini berada dirumah..dan mula buat kerja2 rumah...tapi anaknya yang sedang menaip nie masih penat dengan ade beberapa kerja yang kena buat..untuk uruskan sementara masa ada...dan bila check jadual(schedule) hari ni plak..kerja hari Selasa baru naik...sebab Hari ISNIN Maulidur Rasul dan tak lepaskan peluang yang ada...saya dengan selambanya jam sekarang dah menunjukkan pukul 4.00 PM nak bersiap walaupun takde duit nak ikut ABG NUar callsign 9?2k?? ke Thailand...untuk melepaskan perasaan tension dalam kerja masing2...abg Nuar tension dengan kerja dia dan saya pun tension dengan kerja saya dan masa saya...so kami nak memanfaatkan waktu kami dengan QSO on 10M dari Melaka ke Thailand..pada petang ini...ok
kalo saya tak QRL nanti saya cuba cari Cyber Cafe sewaktu saya disana..untuk saya update lagi blog ini...bagi pengikut2 cerita CW...teruskan belajar anda...jangan mudah putus asa...sape lulus...nanti kita plak lepaskan tesion sama2...ke mana plak destinasi abg saya akan ikut...janji abg tumpangkan saya dah laaaa.....hehehehe

ok thanks ABG Nuar sudi ajak saya...
and saya akan buatkan ABG Nuar tak tension2 sewaktu kita DXing 10M on Mobil...all the best...
tunggu kami 9M2AUR,9?2k?? , SWL ????? akan DXing on 10M with mobile setup....
73
de 9m2aur

Friday, March 6, 2009

Janji : Cara untuk Menulis ketika menerima CW

hi Semua...!!!
Maaf agak lewat sedikit dimana sebenarnya saya telah berjanji untuk memasukkan cerita mengenai pengalaman saya menulis ketika mendengar CW...tetapi saya dikejutkan dimana Ayah saya telah dimasukkan ke WAD atas ada satu penyakit dimana penyakit itu agak berat dan akan membuat operation Pagi pada tarikh 6 Mac ini..
Saya masih risau dan terkejut lagi dengan berita ini dimana saya sudah hampir 2 minggu tidak bertegur dengan orang tua saya sendiri dengan alasan dan selisih faham diantara satu sama lain....

AH...!!! siap boleh lukis sekali... cuba belajar melukis plak...hehehehe..melukis mesti dapat dalam cw test tu..jangan melukis kerana tak dapat plak...tapi tak tahu ler kalo nak jadi macam saya kali pertama memang saya melukis gambar morse key tu...kat atas kertas jawapan..hehehe

ok Mengenai cara untuk menulis ini buat abang2 ku sekalian dimana anda apabila menerima CW ini dengan cara menulis tidak kira samada menulis menggunakan pen atau alat2 tulis yang canggih ini anda harus mengikut kesesuaian diri anda.iaitu anda harus belajar untuk menerima dengan mudah dan anda harus menerima CW dengan keadaan mudah untuk anda menulis di atas kertas conteng atau kertas jawapan nanti ketika CW test tersebut....
Seperti saya menulis atas kertas conteng yang telah disediakan oleh pihak MCMC ketika CW test tersebut saya mengikut cara saya tersendiri dimana huruf yang mudah untuk saya menulis dan mudah untuk saya fahami seperti huruf A besar dan huruf a kecil.saya rasa huruf A kecil lagi mudah untuk ditulis berbanding huruf A besar..dan ini bergantung kepada jenis atau cara tulisan anda....
Sama juga huruf yang lain...
ini contoh A - Z yang saya tulis ketika Exam...
abcCDeFghIJKkLlMmnNOoppqrsStTUvVWwXXYyZz
atau contoh yang lain seperti exam CW yang saya tulis
KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.

PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.


Iaitu

KeMPen PanDU CerMat JIwa SelaMat DILanCar.
PIhaK POLIS Dan JPJ MULa KeMPen beSar beSaran DIDIK Orang raMaI
agar LebIh WaSPada KetiKa beraDa DIJaLan raya UntUK PULang

KaMPUng SeMPena CUtI harI raya yang baKaL tIba.
wow..macam2 bentuk ada...hehehe..tapi saya akan rotan pakai tongkat Ali sape buat cam nie..kerana anda akan cuba dengar setiap dit ngan dah.....tapi anda harus dengar huruf itu dan jadikan dia sebagai huruf.bukan jadikan ia sebagai bunyi dit ngan dah...ok...!!!!


cuba perhatikan dimana saya ada besarkan huruf tersebut dan guna huruf kecil dimana mengikut kesesuaian dan kecepatan anda menulis...
Tapi anda sebenarnya tidak perlu risau dimana anda masih boleh menulis tanpa mengikut kesesuaian diri anda kerana apabila anda telah mahir untuk mendengar CW itu secara mudahnya anda sendiri boleh menulis CW itu sama ada dalam huruf besar atau pun huruf kecil
jangan risau dalam permasalahan menulis ini kerana anda akan membuatkan diri anda terganggu and make a stress and also you semua akan terganggu untuk belajar malahpun untuk mendengar CW ini apabila anda didalam dewan peperiksaan CW itu nanti..
Sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa anda harus lah tenang , Relax , and enjoy dalam ujian ini...
Sekian..and 73

saya masih menunggu lagi rakan2 bermasalah dalam CW ini untuk email pada saya atau
anda boleh menelefon saya secara terus...
setakat ini ada 3 orang yang sudah telefon saya...
email masih seorang pun belum lagi...hehehehehe
email: 9m2aur@gmail.com
Hp no.: +60126309034

Thursday, March 5, 2009

Stress , tension , keliru and arrrrggggghhhhhh

ASSALAMUALAIKUM

Ok ok ok --- -.-
kembali saya hari nie dimana sewaktu saya bermain badminton ada seorang mamat yang sudi telefon saya dan mengacau saya waktu itu..tapi saya tak kisah dimana saya berasa seronok dimana masih ada sedara saya yang masih ingin meneruskan perjuangan dalam hobi atau dikenali sebagai permainan hobi radio amatur ini...

Kali ini saya lebih berterus terang siapa abang2 saya yang betul2 semangat dalam ujian cw test yang akan datang ini.Rakan yang telefon saya tadi ialah 9W2JEN..
buat abg Jen nie saya nasihatkan supaya semangat itu kena teruskan cuma anda harus jangan sekali give up. maksudnya disini anda harus relax , tenang dan jangan tension apabila anda melakukan dalam apa jua perkara yang baru anda buat.terutama dalam CW(Continous wave/morse code) dimana benda ini kita baru belajar.Memang agak susah untuk kita
mempelajarinya.Tetapi INSYALLAH anda akan dapat belajar seperti sewaktu anda di tadika dahulu dimana kita belajar A-Z...dan tidak putus asa Cikgu itu mengajar anda sehingga anda dapat A-Z tu sehingga lah anda tamat dalam tadika dulu.kemudian anda belajar ALPHABET A to Z ketika anda SWL dulu untuk anda hafal A apa, B apa...sehingga kini anda telah berjaya hafal kesemuanya sekali.Serupa juga Morse Code ini.INSYALLAH anda akan dapat catch-up satu hari nanti cuma lambat dan cepat sahaja.
Cuma satu sahaja saya ingin beritahu jangan give-up.......................................................


Bagi ABG RiE 9W2RIE pula anda pun sama.jangan sangat stress dan tension.bila anda alami kedua2 perkara tersebut nescaya anda tidak akan dapat apa jua yang anda ceburi tak kira dalam apa jua bidang sekali pun....

dan juga tak ku lupa buat Abg L yang aku selalu ceritakan dalam POST sebelum ini,iaitu 9W2LLK

oK..sebenarnya saya masih tidak mahu cerita keadaan sebenar ketika dalam peperiksaan tersebut kerana buat ABG2 saya nie semua kali pertama ambil kan?????
Ini kerana saya hendak biar ABG2 nie semua anggap susah ketika peperiksaan dan biar rasa diri itu takut..tapi dalam post sebelum ini saya telah pun keluarkan situasi atau keadaan sebenar morse code test tersebut dimana saya ulang sekali lagi..
Exam mempunyai 2 sesi iaitu Sesi pagi dan petang...
Sesi Pagi dimana SESI PENERIMAAN

dalam sesi ini anda harus meneliti terlebih dahulu sebelum ujian sebenar bermula....
Mereka(MCMC tester) akan menghantar ayat lain terlebih dahulu bagi ujian Tone kepada anda semua selaku Candidate CW test ini.Kesempatan ini saya ingin menasihatkan sedikit dimana jikalau boleh anda semua berpakat terlebih dahulu dan bertolak ansur diantara satu sama
lain.Maksudnya anda harus TUNE atau adjust tone speaker yang MCMC akan hantar dalam Ujian sebenar mengikut keselesaan telinga anda untuk copy kesemuanya.Jikalau anda masih tidak dapat copy kerana keselesaan anda di tempat anda duduk itu tidak sesuai dengan jarak speaker pada telinga anda.Jangan rasa segan dan silu minta MCMC tester itu adjust lagi atau anda boleh minta untuk tukar tempat dan cuba berpakat dengan Candidate lain dimana anda ingin tukar tempat dengan beliau...atau juga ingin cuba pindah tempat kosong jikalau ada...

pada mulanya mereka akan hantar ayat percubaan iaitu seperti sewaktu ketika saya ambil exam tersebut adalah
KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PUASA.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
UJIAN SEBENAR AKAN MENYUSUL.SELAMAT BERJAYA

dan ujian sebenar sewaktu ketika tahun yang saya ambil iaitu
KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.
PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.


Cuba kamu perhatikan dimana hanya Huruf dan simbol satu sahaja iaitu fullstop (.-.-.-)
dan seterusnya Mereka akan beri masa peluang untuk anda salin atas kertas jawapan yang disediakan itu.ketika itu jangan lepaskan peluang dimana anda cuba meniru rakan sebelah atau depan atau juga belakang yang mana anda harus berpakat dahulu sebelum ujian ber
mula.
INI atas usaha dan kegigihan anda semua....
dan Ujian seterusnya iaitu nombor sahaja yang random...maksud disini random adalah
50 digit nombor yang akan dihantar secara rawak..tidak ikut susunan..
Bagi saya nombor ini amat mudah untuk dipelajari..saya akan beritahu kelak dalam post yang akan datang...

oh lupa ada lagi satu..tentang sesi berikutnya jikalau anda lulus pada sesi penerimaan dan anda akan masuk kesesi berikutnya iaitu sesi penghantaran...bagi saya anda tidak perlu risau dan suggestion saya anda tidak perlu sekali belajar menghantar ini kerana hantar amatlah mudah.dan anda boleh menghantar kerana anda telah mengenali kesemua huruf atau nombor atau juga simbol.Tetapi anda susah untuk mendengar atau menerima kerana anda tidak tahu apa yang akan anda terima..nescaya lah apabila anda sudah boleh mendengar secara otomatik anda boleh menghantar...SAYA tidak galakkan anda belajar menghantar...itu saya harapkan.....

ok....saya akan cuba kejar anda semua ini dan anda juga harus kejarkan diri itu untuk target dalam apa jua yang anda lakukan..cuma sekali lagi saya ingin ingatkan bahawa anda
Jangan lah mudah putus asa(give-up)
Jangan stress kerana ini akan meganggu anda untuk dengar ujian tersebut...
Anda semua harus lah enjoy ketika dalam ujian tersebut atau benda baru yang anda pelajari iaitu Morse Code
Jikalu anda gagal kali ini tidak semestinya anda akan gagal seterusnya..
Usaha adalah tangga kejayaan......

sekali lagi saya ingin ingatkan dimana anda boleh telefon saya atau email saya untuk sebarang pertanyaan jikalau anda rasa bermasalah dalam pembelajaran morse code ini....
INSYALLAH ada apa yang boleh saya bantu...saya akan bantu...
email: 9m2aur@gmail.com
Hp no.: +60126309034

Wednesday, March 4, 2009

Kegembiraan ketika Menaip & CW








Assalamualaikum

hari ni saya rasa sangat gembira dimana rakan seperjuangan saya akan turun sekali lagi ke tempat berjuang dimana saya dapat makluman ini dalam seorang blog rakan saya.INSYALLAH saya juga akan turun ke sana pada hari peperangan dengan speaker tu..

ok kepada Pengikut CW seterusnya dan buat Abg L yang di Utara Tanah Air cuba dan cuba lagi ya..kita ade pelbagai cara.jangan ikut cara tu saja..kita kena cuba semua cara dengan mengikut cara dan kesesuaian diri sendiri.

OPPSSS>..anda dah buat ker belum ulang 20 kali tu...dan kalo yakin rasa diri itu dah mampu dan cuba sesi ini pula...

Sesi berikutnya iaitu Keupayaan membaca/convert kod ke tulisan ialah apabila,sesuatu kod dimainkan on the spot awak boleh tulis sepontan dan sebutkan sepontan.......errr dah sampai tahap ni ke belum?

jangan panik saya pun sama melalui detik2 sukar macam awak.....apabila awak dah boleh dengar
dan sepontan menulis kod tersebut, itulah masa yg sesuai awak akan pergi ke ayat-ayat yang telah saya sarankan seperti THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOGS...

Record ayat-ayat ini dalam kelajuan 13wpm ulang dan ulang....jujur dengan diri sendiri untuk menulis berdasar pendengaran awak bukan mengingati apa selepas T selepas H selepas E fokus kepada bunyi/rythm....
dengar dan dengar berterusan sambil menulis.....lepas tu Terbalikan sgod yzal eht revo pmuj fox nworb kciuq eht

Kebiasaan kita akan cari satu cara yang mudah kita fahami,adakalanya seseorang itu akan melalui jalan yang panjang/jauh untuk berjaya dan ada pula yang berjaya melalui jalan pintas maksud saya ialah....walaupun ada pogram yg bagus tapi kita tidak mengolahkan cara untuk disesuaikan dengan kita mungkin ia agak susah atau membosankan.
pelbagaikan cara anda belajar....mengikut cara anda.....


yang penting untuk membaca ayat2 awak mesti kenal kod morse selepas itu awak akan mudah membaca apa yang dihantar kerana minda awak dah register tone kod dalam otak awak...penguasaan kod2 amat penting.
selepas menguasai cuba AB AC AD AE .
Nantikan sambungannya...
jikalau ada sebarang masalah sila-sila lah email pada saya..
9m2aur@gmail.com
73s