Assalamualaikum
Salam Sejahtera
dalam beberapa hari ini...saya sedang dok mengkaji lagi beberapa masalah dalaman diri seseorang dengan sesuatu perkara yang simple..tapi dirumitkan...
saya malas nak cerita masalah ape...
kadang2 cerita semula buat menyakitkan hati...
so saya juga dah tahu kenapa CIKGU Rahman Merajuk...dan bleh dikatakan tiap2 hari dok chat dengan dia...so dia dah cerita kesemuanya...
dan saya pikir2 kan semula...pun ada betulnya...walaupun ada salahnya juga...
dan tadi QSO di ASTRA sama seseorang pun saya membincangkan masalah..dan saya dah luahkan hati saya semua pada abg saya tu...dan dalam masa yang sama ada seorang mamat mesej pada saya...dan mengatakan sesuatu yang membuat kan saya....................................................................................................................
apa kata saya cuba say good bye to this hobby...apa pendapat rakan2....?kadang2 dok pikir2 macam bodoh jer saya nie...kadang2 dok layan...best gak...tapi kadang2 menyakitkan hati..kadang2 buat saya tension...kadang2 buat saya marah kerana hobi nie..kadang2 saya menyampah sampai saya menyirap darah...dan terbang satu handy..pecah...tak sanggup nak amik gambar...nak tunjuk kawan2 pun tak sanggup....
saya pikir2 kan...itu baru lava di hujung gunung berapi..hanya sesekali jer dia membuak...tapi sekali lagi dia membuak... RIG HF plak akan terbang...untuk lepaskan geram...setakat nie...dan 1 jam suiz and plug untuk power supply radio di tutup..malah dicabut..saya tengok berapa lama bleh tahan....
buat 9W2OZA kalo baca nie..ko jangan ambil hati...
aku nak ko habis kan belajar yang paling penting iaitu SPM ko dulu...dan kemudian baru aku akan bantu ko...kalo nak ajar2 skit2...tu bleh lah..tapi by email jer..melalui radio,atau apa2 kaitan komunikasi..kecuali telefon tak akan dilayan...
itu saja...setakat ini...
saya tengok cam ner perasaan saya untuk hari nie dan seterusnya...
73
de 9m2aur
Wassalam
tengok malam nie ape cerita MENGENAI TOPIK perbincangan di ASTRA...kalo tak kena di hati aku...maksud aku..program tu tak best...aku stop buat seketika dengan hobi nie...dan aku akan kembali bila hati aku reda....INSYALLAH....
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.................................
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
kekadang bila rasa amarah menguasai diri. duduk dan kira sampai 50 sebelum bertindak... insya allah handy tak pecah.
bila rasa benci terhadap hobi timbul. berhenti le sekejap. jangan diteruskan kelas terus menerus rasa bencinya....
cuba cuba hobi lain seketik sebelum kembali ke hobi kesayangan ni...
sekadar pandangan marhaen teman.
p/s : teman pun dah berapa lama tak tx malahan tak rx pun.... swl pun tidak...
thanks peihong...aku nak layan hobi kayuh jer...buat seketika...hobi nie layan2 cam tu jer..nak tolong orang CW nie....on-air tak kot...kalo ad epun on HF...73 de 9m2aur
Aduuhai... :(
Salam...
Aimil, rileks.... aku lagi la dah lama turun naik melalui radio ni. Aku datang dari zaman sepak terajang memarang tapi aku blajar satu... ia hanya satu hobi.
Pastu baru aku cuba enjoy hobi ni secara kadar aja. jangan terlalu excite, pelbagaikan cabangnya dan jgn sesekali memadamkan dari minda.
Aku travelling luar msia dengan radio. Aku tak join mana2 kelab tapi masih enjoy. Aimil, awak tahu kami (juga org-org terdahulu dari aku) semua masih aktif walaupun tak pernah dengar di radio? ;)
So.. rileks dan enjoy hobi ko yang satu lagi. Aku pun enjoy dengan hobi kedua aku. Lupakan seketika hobi ni tak bermakna kita tinggalkan ia.
P/S: Ko tahu masa ayah ko dan ko datang ke Batu pahat 5 Tahun dulu untuk pameran radio kat satu tempat tu. Masa tu aku sedang habiskan perjalanan backpack seluruh msia selama 25Hari dengan bantuan hanya sebuah handy buruk ku.
ya ya...saya masih ingat abg...saya terkejut juga...bila saya tengok gambar abg ada...waktu tu saya baru lagi berjinak dalam hobi nie....saya masih ingat lagi...mungkin waktu tu saya tengah angin....tu saya postkan ini...just nak lepaskan geram yang bodoh nie...tapi saya telah sedar dimana saya silap...saya masih boleh meneruskannya...
saya akan teruskan hobi ini...actually saya merajuk sekejap dimana hobi ini ada lah bosan dalam hidup saya..sebab menyakitkan hati bila diikutkan hati...
tapi kalo ikutkan perasaan baru saya sedar...
saya akan cerita kisah saya dari mula...dan saya kenal abg...abg pun pernah saya letakkan dalam idola saya..dan cuma saya rasa bosan dimana saya tak tahu ape nak buat dengan hobi ini...saya bosan sebab waktu dulu kala saya baru form 3...saya nie budak lagi...mana layak campur ngan abg2 semua..malah akak2 lagi...tapi bila saya kawan baru saya nampak hobi nie takde pangkat...takde darjat...
so dengan hobi ini juga banyak mengajar erti kehidupan diri saya...saya kan postkan cerita ibarat novel nanti..saya rasa maybe cerita tu lebih dari 30 page...itu saja..73 de 9m2aur
Salam
Idola? hahaha.. jgn aimil. Aku sebenarnya pernah jadi Idola suatu masa dulu tapi blog bukan radio. Nak Tau hang PM via emel. Siap masuk paper lagi.
Enjoy de hobi hanya pada masa lapang. Ada sesetengah ham radio jadi bodoh, kerana hobi bercerai berai keluarga, berpisah persahabatan, bermasam muka, hilang pekerjaan dan akhirnya menghukum perkara lain yang tidak bersalah. Kan nama ini adalah hobi, makanya hanya dibuat di masa betul2 lapang.
Gunakan peluang hobi ini atas nama persahabatan (yang ala2 kadar). Network, Upline, downline dan perkara2 positif sahaja. Tetapi bukan atas maksud terselirat penuh nafsu dengan mengatakan mahukan kesempatan semata-mata.
Ia ibarat seorang lelaki negro yang sedang menjunjung beg dikepala dan dua-dua belah tangannya membimbit beg. Jika goyah beg yang dijunjungnya maka akan diletakkan dahulu ke lantai beg yang dibimbitnya untuk memegang beg dijunjungnya agar tidak jatuh. Tahu mana keutamaan dan bijak membuat keputusan.
Tentang Lomba di Karimun tu mungkin aku tak dapat hadir tetapi itulah event yang amat aku tunggu aimil. Aku banyak hadir di event luar malaysia kerana diluar sana jauh lebih baik dan banyak perkara yang boleh dipelajari.
Nah, telah aku kotakan akan bawa pulang apa yang aku belajar luar sana pada ARDF yang lepas. Malahan Flea Market yang aku ciplak dari hamfest luar sana sudah ada trendnya disini.
Aimil, nanti kita jumpa aku lanjutkan cerita ceriti sepak terajang radio amatur, perjalanan radio amatur aku masih jauh... dan Deta YB2VTO gadis epal dari kota Jogja juga masih kedengaran dan survive dalam dunia radio amatur sejak 1998 zaman sekolah aku hingga kini masih kedengaran... sama-sama aku aktif hingga kini.
;)
P/S: Aku jarang menulis soal ini tetapi daku lihat, 'keep in touch' yang terlalu kerap bakal mewujudkan persoalan bosan (buncar). Emangnya hobi kita tidak boleh lari dari soal kerap 'keep in touch'.
Maka harus kita kawal ia. Jika mahu berkualiti, jadikan ia seperti sepasang kekasih yang jarang bertemu (kerna jauh mungkin). Makin jarang ia bertemu maka makin kerinduan itu meninggi. Pastinya apabila bertemu klimaksnya lebih bermakna.
Sayugia saya ingatkan... kemasyarakatan itu wajib dalam komuniti demi kesinambungan objektif, tetapi eyebal yang kerap pasti mengundang gosip dan fakta-fakta liar yang sukar di kawal.
Bak kata 9M2AI, bila hari2 bertemu dan dikala habis idea bercerita.. maka akan wujud cerita2 liar yang diadakan demi merancakkan sesuatu pertemuan bijik mata.
:)
betul bang...saya pernah alami semua tu..hari2 eyeball..pastu habis cerita nak cerita..masuk cerita merepek..pastu lama2 dah bosan eyeball...like same QSO..hari2 QSO..pastu bosan...
saya pun dulu kala aktif dengan rakan2 luar..macam lomba true freq. dan dalam masa yang sama..jumpa rakan2 RAPI..main digital comunication..sejak dari tu belajar buat interface..sampai interface rosak..sebab saya tak cover dia..so berlaku litar pintas..tu saya beli kat abg plak interface tu..sampai sekarang masi diguna pakai.dimana saya pakai untuk APRS saya...tu yang saya sanjung..walaupun ada orang nak yang tu..sampai ada yang dah pegang interface tu nakkan nya..tapi saya kata itu adalah dari idola 9M2??? SAYA...SO sorry lah saya nak bagi...walaupun dia letak RM1000 pun saya akan jaga interface yang dubuat oleh abng nie...
dan kini baru saya sedar...hobi nie luas lagi yang perlu saya dalami..bukan layan politik bodoh tu semua...so skang pun saya tengah dok repair ant. VHF saya nie..dan nak naikkan YAGI semula..untuk ikuti acara Lomba di dumai...saya selalu main ke sana...actually dah berapa kali main..kalo kita nak buat kat sini..boleh bang..nanti ada event kita buat sama2..nati saya terangkan kat abg ape equipment yang perlu ada...tapi abg pun tahu kot...so nie nak kumpul duit..INSYALLAH diizinkan TUHAN saya nak jumpa abg...nak kongsi masalah..dan nak settlekan ape yang saya pendamkan..
ok thanks for your respon.
73
all the best
nice to meet you...
my email: 9m2aur@gamil.com
nak tahu cerita yang idola tu..
all the best
Salam
de 9m2aur sk e e
semua cikgu-cikgu di sekolah bersikap sabar untuk menunjuk ajar kepada semua murid-muridnya tidak kira sama ada dia buruk atau baik, beliau tidak patut menunjuk perasaannya kepada murid-murid, ini tidak akan membawa apa-apa makna untuk menunjuk ajar anak muridnya.
aimil, aku harap kamu dan rakan-rakan lain tidak akan di pengaruhi oleh perasaan yang buruk!
hobby ini amat bagus sekali, anda tiada apa-apa alasan untuk quit daripadanya.
cw memang sudah out-date di masa kini, dan semakin ramai cw operator telah berhenti di jaluran hf. ini memang sudah menjadi satu kenyataan. salah satu faktor ialah berpengaruhi oleh internet pada masa kini yang ketara.
kemungkinan besar perasaan cikgu ini ialah telah merasai kehilangan rakan-rakan cw semakin ketara, lagipun ramai generasi baru masih tidak dapat menerima cw ini, dan terus menunjuk perasaan anti-cw and sikap-sikap yg amat buruk di golongan 9W.
sebagai generasi baru 9M, kamu mestilah menunjuk cw dengan cara-cara yang baru dan bukan mengikut perasaan orang lain.
kebanyakan om di malaysia selalu suka menunjuk keistimewaan cw kepada rakan2 baru. tetapi mereka tidak pernah menunjuk ada keistimewaan yang telah berlaku oleh mereka di cw ini.
kebanyakan yg sentiasa diberikan oleh om ialah:-
1. lebih bagus dan cekap digunakan
- sakarang lebih banyak digital mode yang lagi hebat
2. tidak mengeluarkan bunyi dan tidak menganggu orang lagi
- internet lebih hebat lagi dan lebih cepat dan lebih banyak informasi dapat dihantar
3. boleh menggunakan horn atau lampu kereta untuk menghantar isyarat semasa kecemasan
- seseorang yg langsung tidak tahu cw, dia juga dapat menggunakan cara yg sama untuk menarik perhatian juga, apa lagi keistimewaan ini?
ada rakan 9M2??? berkata, ia boleh menggunakan bunyi horn untuk memanggil rakannya semasa sampai dirumahnya, cuba fikir kan berapa lama kah perlu diambilkan untuk menghantar sepatah perkataan yang singkat? akhirnya pasti suara jiran akan lebih kuat dan panjang daripada horn kereta itu, hihi!
cuba fikir kan jikalau kamu menghantar isyarat daripada kereta semasa kecemasan, adakah isyarat ini difahami dahulu sebelum anda diselamatkan? kebanyakan orang awam tidak kira sama ada bunyi horn atau lampu, pasti mereka akan menuju kepuncanya.
contoh2 dan cara2 lama memang tidak sesuai lagi untuk menarik minat generasi kini, kita mesti bersikap positive, kita mesti sentiasa mengadakan lebih banyak aktiviti cw yang sebenarnya di golongan kita. ini adalah cara yang lebih bagus sekali untuk menarik minat generasi kini.
ujian cw oleh skmm hanyalah menguji kebolehan morse code dan bukan cw, ia hanya menguji dari a-z 0-9 seperti budak-budak mempelajari number dan huruf di tadika dan belum cukup mahir untuk ber qso di cw.
ia amat penting untuk kita terus majukan dalam cw lagi, jadi jangan lah mengikut perasaan orang lain, aimil.
kebanyakan ham lama mempelajari cw dengan cara yang lebih panjang dan sukur. ada sebahagiannya mengambil beberapa tahun untuk mencapainya.
kini dengan bantuan software computer, mempelajari cw menjadi lebih senang dan relax lagi.
cara-cara promosikan cw mesti-lah diringkaskan lagi, dan bukan disukarkan.
mari lah kita berusaha bersama-sama untuk memajukan hobi ini
malaysia boleh!
salam aimil,jgn diturutkan perasaan,ini adalah sekadar hobi,biarkan mereka dengan amarah mereka,adakalanya lumrah manusia rambut sama hitam tapi hati siapa tahu,kata orang kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai,saya setuju dengan pendapat jurukaka,takkan hilang hobi ini jika kita tak sentuh ptt,tak press key,ada orang jadi ham sebab nak bereksperimen,ada orang jadi ham sebab nak monitor sahaja,adakalanya kita tak sedar dengan apa yang kita tuturkan,kata orang banyak bercakap pun ditakuti boleh mengakibatkan,lebih baik diam,diam bukan bererti kalah..psikologi adalah senjata utama,macam kata abang aziz perkara seumpama tu kita anggap sebagai permaian layang-layang,apabila terasa beban kita biarkan tali dilepaskan kemudian dalam diam kita gulung talinya,kepuasan dapat kita nikmati dan kemenangan mucul akhirnya.
Individu lain berhak berkata apa-apa saja,sebab mulut tempayan boleh ditutup tapi tidak mulut manusia,ada kalanya kita harus terima hakikat bahawa apa yang kita perjuangkan sudah dianggap bagi sesetengah orang tak ubah mencurah air di daun keladi.
Fitrah manusia memang begitu yang salah dikatakan betul, yang betul dikatakan salah
Dunia semakin maju tapi segelintir manusia seolah hilang ketemadunan.
Anggap aja ini semua asam garam kehidupan.
ya bener kata-kata temen-temen kita itu. Nah aku telah hantar permintaan lw langsung di emel.
Tapi janganlah mengangkat aku tingi sangat kerna aku juga manusia biasa seperti City Caveman dan 20dB over 9. Hasil kerja aku itu hasil plagiat nyata dari balang internet. kamu juga mampu zahirkan juga kan?
Ingat hal ini Aimil... untuk enjoy hobi amatir ini bukan dengan cara komunikasi buta semata-mata tetapi bagaimana dia meneroka cabang-cabang hobi ini. Mmm.. seperti masturbe aja ya ;)
Tidak seharusnya interaksi, komunikasi atau menunjuk2 kemahirannya kerna itu semua pasti suatu yang memboooosaannnkan....
Nah.. apa lagi kamu tungguin ;) Ayuhh.. masa udah itu telah berlalu.
salam aimil, tu ah kongsi skit dgn aku walaupun tak setera mana. Baru cerita pasai smlm dah terbang satu handy. bg dkt aku lah bro biar aku sambung2 balik.
Aku sebenarnya tak lebihkan hobini drpd benda lain. So kdg2 tu tak on pun radio. kdg2 smpi 1 2 hari tak monitor pun. Aku byk tumpukan pada family dan menjana rezeki yang halal.
Kdg2 kalau dah rasa bosan. aku tinggal kan kejap. lepas tu kalau rasa nak main balik hobi ni aku layan jer. Masa ni feel dia rasa lain sedap pulak hobi ni sbb lama tak main. Selain drpd tu aku ada hobi yg lain dalam sukan ni. Sukan tu tennis drpd sklh aku main dan smpi skrg. tapi dulu dgn skrg dah lain. dulu kuruih skrg dah tegap skit. So ptg2 lepas kerja aku main dgn member dkt opis ni. kdg2 benda mcm ni boleh meredakan masalah skit.
So aku tak pandai berkata-kata. sbb ada benda lain jgk tgh concertrate. Walauapa pun aku terima segala org dok marah apa yg aku dok tulis dlm blog aku.
Post a Comment