Thursday, June 18, 2009

Amateur Radio World Map




Assalamualaikum

Amateur Radio World Map lengkap dengan callsign. -refer attached-
Sesuai untuk backdrop shack anda.

-Tahan lasak, kalis air
-Saiz 5'x3' plastic banner material base.
-Resolution tinggi.
-Stock terhad.
order by phone / e-mail.

Harga RM90 COD. Pos Semenanjung + RM10

Cara pembayaran bank-in - Maybank

012-6309034

Tuesday, June 16, 2009

Project Interface kembali lagi....

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

kali ini mengisahkan tentang project interface untuk kegunaan echolink dan jenis2 digital communication yang jarang oleh rakan2 ceburi...
iaitu SSTV
My SSTV experiment from ISS RTTY

Echolink
dan macam2 lagi yang ada seperti APRS (ui-view32 , UISS , dan lain2 lagi)

ok berbalik pada cerita tajuk asal dimana project interface kini kembali dengan mengetahui terlebih dahulu diagram dan jenis pengoperasian...
diagramnya:
Ia mempunyai 3 pengoperasian atau 3 kerja yang dilakukan iaitu:
kerja pertama
*
Audio dari radio(transciever) iaitu sebelah kanan atas diagram disambung pada mic komputer soundcard komputer pada sebelah kanan atas diagram

kerja kedua
**
Audio dari komputer iaitu output sound card komputer disambung kepada mic input radio(transciever)

kerja ketiga
***
Comport atau serial port atau juga dikenali DB9 yang akan menolong untuk tekankan PTT...
iaitu ia disambung dari comport kepada ptt radio(transciver)

gambar interface yang sudah siap
tetapi audio di tapis oleh perintang(resistor) dan juga perintang bolehubah (variable resistor)
Dan kini saya gantikannya dengan Audio transformer yang post pada sebelum ini

apabila dimasukkan dalam kotak....dan boleh membuat pelbagai bentuk dimana seperti kotak lampu isyarat pun boleh juga bila TX lampu merah menyala
bila RX lampu hijau menyala...
buat macam suasana konti radio broadcast... hi hi hiSelamat mencuba dan selamat berjaya dalam apa jua yang dilakukan...
all the best
Salam

de 9m2aur
--... ...--

Friday, June 12, 2009

sampai juga akhirnya...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera...
hampir seminggu dok menunggu barang nie...akhirnya tepat jam 11:53 tadi dapat satu panggilan telefon yang tiada senarai dalam phone sim aku...pada mulanya jadi keraguan untuk angkat...sebab malas dah nak layan telefon nie....akhirnya angkat juga takut ada emergency ker ape...rupa2nya ini postmen CHINA EXPRESS call..dia beritahu puas cari rumah tak jumpa...nak hantar barang...

Barang yang dibeli...
Transformer
untuk kegunaan interface echolink atau juga jenis2 komunikasi yang lain dimana interface ini disambungkan dari radio ke komputer...


sungguh kemas cara pembungkusan...
boleh order lagi barang2 dengan company ni lah...lagi pun nak order lagi nie...
ada sesape nak kirim sekali...
boleh digunakan untuk audio radio...contoh macam anda nak buat
- sambungan dari radio ke komputer...
- dari equalizer ke radio ..
- cw osilator ke radio
- digital communication dengan radio (digital gadgets to radio)
- and anythings else for audio or digital

thats all from me
Best Regards
de 9M2AUR

Thursday, June 11, 2009

cara untuk dapatkan RHYTHM CW (morse code)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


maaf agak lama kita tak jumpa dengan cerita CW ini....
kerana agak QRL dengan melayan perasaan dan hati ini....

ok...
kali ini cerita mengenai cara untuk dapatkan rhythm CW ini....
minggu sudah eyeball dengan 9M2WT dan beberapa lagi rakan ini menceritakan tentang cara untuk dapatkan rhythm.Cara ini saya pernah gunakan dulu dimana agak bersesuaian dan harus peka dengan setiap huruf dalam sesi pembelajaran kita.
Kepada sesape yang menggunakan software CW_player boleh bermain quiz dengan speed WPM dia pada kelajuan yang lebih tinggi...contoh untuk kita dapatkan lebih mudah pada 12WPM dengan kita belajar pada kelajuan 18WPM apabila kita telah mengenali setiap bunyi huruf tersebut...
Ini kerana untuk kita membiasakan dengar rhythm dia pada bunyi *dit*.* di kelajuan 18wpm
dan cuba dapatkan rhythm dia...seperti:
V V V ...- ...- ...- cuba dengar pada kelajuan 18WPM dan bezakan pada 12 WPM...
huruf S dan H ... .... , ... .... pada kelajuan 18WPM dan bezakan pada 12WPM

bagi huruf yang yang mempunyai *Dah*-* cuba reduce sedikit pada kelajuan 16WPM untuk kita dapatkan rhythm bunyi *dah*-* tersebut...
Q dan Y --.- -.-- , --.- -.-- bezakan 16wpm dengan 12WPM
P dan J .--. .--- , .--. .---
dan seterusnya

Selamat mencuba
de 9m2aur

email: 9m2aur@gmail.com

Friday, June 5, 2009

Communication via internet

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Ulangan POST......

Kali ini adalah komunikasi yang menggunakan internet yang terdapat dalam hobi radio amatur iaitu seperti ECHOLINK , EQSO dan beberapa software lagi
yang ada.

ECHOLINK
Cara untuk mendaftar dan bekerja dengan software ini.
Langkah pertama download dahulu software echolink ini pada http://www.echolink.org/

Kemudian running dahulu software tersebut dengan memasukkan data2 yang diperlukan seperti callsign , password dan berikutnya. and click ok..
setelah anda masukkan butir2 anda dalam echolink......

Masuk semula pada web page http://www.echolink.org/ tersebut untuk kita validate callsign kita.
Click Validation
masukkan callsign dan alamat email anda.....
kemudian echolink akan menghantar satu email pada anda untuk pendaftaran berikutnya.Echolink akan minta data pengenalan callsign seperti gambar (scan) penguntukan radas (Apparatus Assignment - AA).
Upload AA kita dan tunggu sehingga echolink anda berjaya untuk diguna pakai.
seperti gambar rajah dibawah...............
Sebarang pertanyaan boleh email terus pada saya 9m2aur@gmail.com

73 de 9m2aur
Salam