Tuesday, April 14, 2009

CARA PEMBELAJARAN CW/MORSE CODE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru2 ini saya ada dapat email malah QSO dan juga ruangan shout box di sebelah ini yang banyak menanyakan mengenai cara pembelajaran CW...saya amat tertarik sekali apabila ramai rakan2 HAM kita ini telah menunjukkan minat untuk mendalami lagi Hobi HAM Radio ini.
POST yang sebelum ini banyak saya menceritakan jenis komunikasi seperti
Voice - ini yang ramai tahu dan ramai gunakannya....
CW - ada yang tahu...tapi kurang menunjukkan minat untuk mendalaminya
Digital Communication
SSTV - ramai pernah dengar tapi tak tahu cam ner dia terjadi...hanya segelintir yang cuba mendalami apa itu SSTV...
RTTY - pun pernah dengar malah dalam transciever HF anda pun ada mode ini..tapi tak tahu apa itu...
APRS - kian berkembang di Malaysia
dan macam2 lagi ada....
Lupa satu lagi Satelitte Communication / ISS Communication
iaitu merangkumi kesemua jenis komunikasi diatas....
**SSTV stand for Slow Scan TV**
**RTTY stand for RadioTeleTYpe**
**APRS stand for Automatic Packet Reporting System

Ok...berbalik pada cerita CW ini..ia boleh dikatakan senang untuk mempelajarinya malah ia juga susah untuk mendapatkannya...ini kerana saya pernah alami kesemua ini dimana saya sehingga rasa sudah tidak berdaya lagi untuk teruskan malah sudah give-up dengan pembelajaran CW ini...tapi saya telah dapat satu panggilan oleh Cikgu saya dan menanyakan macam mana prestasi pencapaian saya dalam CW ini...saya telah pun ceritakan semua dan dia memberi nasihat seperti:
*CW ini kena hari2 dengar...kalo ko AIMIL, tinggalkan sehari CW ini ibarat ko tinggalkan Setahun...
*Disiplin pembelajaran itu amatlah penting dimana ko Aimil, jangan mudah give-up dan usaha... kan bak kata pepatah Usaha tangga kejayaan,tapi kalo tangga tu patah ko bleh naik lift. tapi kat MCMC tu takde LIFT untuk ko dapat 9M...hahahaha **Say No Rasuah**
*Masa itu penting.Kalo ko Aimil, rasa diri tu stress, tension, tekanan darah tinggi, nak marah jer, penat, aaahhhhh....macam2 lagi lah ... ko jangan lah belajar time tu..apa ko buat pun takkan masuk punya dalam otak ko..
*ni last aku nak cakap kat ko...ko bukan tak boleh..malah semua orang boleh...tapi otak ko tu kena gerakkan dia..ini kalo ko malas,penyakit malas ko tak bleh buang..aku susah nak kata apa..ko pikir lah sendiri AIMIL..
dah lah bye..tuuuuuuuuuuuuttttt.......
Ini lah perbualan Cikgu saya pada saya sewaktu dalam telefon yang mana dia marah saya.dia maki saya,dia hina saya dan macam2 lagi.
akhirnya saya sedar bahawa saya bermimpi..
sewaktu mandi saya terfikir semula apa mimpi saya itu adalah benar...
ceh macam cerita dongeng pun ada...

Tapi ini lah pengalaman saya...dimana saya syorkan pada rakan2 untuk belajar CW ini, letakkan dalam diri itu satu sifat dimana saya telah belajar ilmu baru ini iaitu CW...Saya akan cuba sehingga saya berjaya sampai tahap yang saya dah tak boleh nak capai...tak kiralah samada dah lulus atau dah laju CW WPM sekali pun...saya akan kejarkannya...

bagi cara pula ada pelbagai cara yang ada...saya syorkan sekali lagi kepada rakan2 yang cuba macam2 cara sekali mana pun...cuba sedaya mampu yang boleh...dan cuba tanya pendapat orang lain mengenai pembelajaran seterusnya...

Untuk VEB dan HamOPS pada shoutbox di sebelah ini...teruskan cara anda...ini kerana anda belajar mengikut kemampuan diri anda...bukan mengikut dengar kata orang lain..kerana tak semestinya cara orang lain itu boleh dengan kemampuan diri anda...kerana setiap orang ada cara2 tersendiri..just kita ambil pengalaman orang untuk dijadikan iktibar...
Saya seronok dapat story dan juga pengalaman rakan2 HAM saya ini dimana ada macam2 ragam,macam2 perangai,macam2 lah....

So... all the best dalam apa jua yang anda lakukan...INSYALLAH pada satu hari nanti anda semua akan mencapaikannya azam atau angan2 anda itu...

sebarang pertanyaan atau comment atau juga ketidak puas hatian...hehehehe... bolehlah email atau telefon pada saya

Email: 9m2aur@gmail.com
HP No.: 0126309034

73
DE 9M2AUR

No comments: