Wednesday, February 25, 2009

Morse code lagi...dah dit dah dit dah dah dit dah - CQ


hi semua..
Ok Masih bermasalah dengan huruf2 yang anda rasa keliru.
Kali ini cara untuk kita belajar dan kita cuba dapatkan huruf tersebut dengan lebih mudah dimana kita harus dengar huruf tersebut sahaja.Dengar Huruf yang susah untuk kita belajar sahaja.Seperti huruf Y -.-- -.-- -.-- , dengar huruf ini sahaja.dan campurkan huruf2 yang lain seperti P .--. .--. .--. Y -.-- -.-- PY PY YP.Ulang2 huruf ini 20x PPPPPPPPPPPPPPPPPPPP YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY PYPYPYPYPY YPYPYPYPY sehingga anda rasa diri anda sesuai dengan huruf ini.

PERINGATAN
Setiap bunyi tersebut jangan anda menyebutkannya sepeti C - Da dit Dar Dit.. tetapi anda harus sebut dalam mind atau hati anda ia adalah C.Contoh anda belajar dengan hurup P .--. .--. .--. anda harus sebut P P P.. jangan bunyikan semula huruf tersebut.
Saya tekan kan disini kita kena dengar morse jangan sebut dit atau Daa...contoh bila anda dengar kod C-Charlie
dalam mind sebut=DA DI DAR DIT=C/CHARLIE dengar bunyi C=Otak mesti sebut C atau Charlie jangan sebut DA DI DAH DIT tahu tak kenapa.......sebab bila awak sebut DA DI DAR DIT= awak tak kira berapa dit atau da...bila awak sebut secara tak langsung otak awak cuba mengira tanpa awak memaksa.
Ini kelemahan yang saya kaji....dan satu halangan semasa sessi pembelajaran...INGAT DENGAR DAN SEBUT CODE- JANGAN CUBA ULANG TONE DALAM BENTUK BUNYI DAN TERJEMAH......JIKA KOD F yang dimainkan convert terus kepada F.

OK lah dulu eh...
Nanti saya sambung lagi..
email saya
9m2aur@gmail.com
9w2aur@gmail.com

73
de 9m2aur

Friday, February 20, 2009

Mula risau dengan morse Code

Assalamualaikum
Baru sebentar tadi saya dapat panggilan telefon dari Abg L..dimana beliau agak risau dalam Ujian Morse kod yang akan datang ini.Maybe persediaan beliau masih belum sepenuhnya dalam morse kod ini.Beliau menanyakan situasi dan keadaan sebenar Ujian kod Morse ini..

Ujian kod morse
Syarat yang ditetapkan dalam ujian kod morse adalah 12WPM (words per minutes).Tetapi buat peserta yang akan mengambil CW test ini tidak perlu risau kerana kadang2 kelajuan kod morse ini tidak sampai 12WPM.Cw test yang baru ini saya rasa dalam 10WPM dengan spacing yang agak jarak dimana saya dapat simbol fullstop adalah AAA sebenarnya adalah .-.-.-
Saya syorkan anda semua belajar dengan kelajuan 13wpm atau lebih kerana ini dapat memudahkan anda mendengar dengan kelajuan dari 10WPM ke 12WPM bagi ujian kod morse yang akan datang ini juga.

Ujian kod morse sebenar pada 2008-2

KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.

Number grouping

68332 13798 43890 21578 26702
46895 35764 26804 21468 35421
Tak pasti betul atau tidak..saya dapat dari petikan
http://9m2mgl.blogspot.com/2008/09/teks-dan-group-nombor-ujian-yang.html

Dalam sesi pembelajaran number amat mudah kerana setiap jenis kod morse pada no. senang dihafal
dan ada cara untuk kita lagi mudah mengetahui setiap nombor tersebut.Itu akan saya masukkan dalam post akan datang.

Sekian jumpa lagi..73s

Wednesday, February 18, 2009

Buat abang2 dan kakak2 ku yang akan menduduki CW test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya dapat telefon dari ABG L yang mana dia memberitahu beliau agak gugup atau bahasa omputeh nervous..kerana bila kita terjadi seperti itu kita tidak akan dapat menumpukan dalam apa jua yang kita lakukan malah ia akan mengganggu tak kira apa jua sekali mana pun termasuk juga pendirian kita.
So buat abg L jangan mudah putus asa.dan jangan cepat give-up..INSYALLAH usaha itu adalah tangga kejayaan.banyakkan bersabar.

Dan semalam pada tengah malam saya ada QSO bersama seorang rakan di Echolink yang mana beliau juga berminat untuk menyahut seruan rakan2 untuk mengambil peperiksaan CW ini.rakan tersebut telah lama aku kenal tapi sayang aku jumpa baru beberapa kali sahaja...Abg Re namanya...buat Abg Re juga sama..jangan terlalu excited dan jangan terlalu gemuruh juga.Jikalau kita inginkan sesuatu kita boleh capai ke tahap itu dengan usaha dalam hati dan diri kita.Saya memahami perasaan Abg Re di mana abg ingin menyahut seruan rakan2 untuk peperiksaan CW ini..dan bukan untuk menunjukkan kita bermampu tapi kita ingin menguji pendirian diri kita sampai ketahap mana yang kita mampu.Abg Re ku ini jangan mudah putus asa.INSYALLAH jikalau kita bersabar dan kita tenang dalam apa jua kita lakukan terutama dalam komunikasi CW ini..kita boleh mencapainya sehingga ke puncak..cam biasa abg Re panjat sampai ke puncak...

Sekian buat renungan kedua2 abg L dan abg Re aku ini tapi sehingga kini aku masih belum terima lagi dari akak2 ku yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia komunikasi CW ini.mana tau ada akak M ker yang berminat yang selalu aku chat dan kaco2 dia.dan dia selalu membantu aku dalam apa jua event yang ada.seperti baru2 ni kayuhan dari Klang ke Ipoh yang mana beliau tolong bawakan beg baju aku.dan banyak lagi beliau telah bantu aku..tapi sehingga kini aku masih lagi menunggu respon dari Beliau..

Sekian....dari abg2 ku..thanks a lot for you respon in CW. i hope you can do it.
Saya juga akan membantu dari belakang.dan ramai lagi Cikgu yang ada boleh membantu seperti 9M2AR , 9M2MGL ,9M2AGC dan ramai lagi.cubalah dekati mereka bagi membantu diri kita.

73 de 9M2AUR
Salam

CW or Morse Code Communication and how to learn in CW

Ok mengenai CW ini adalah dari salah satu segi bahasa yang ada dalam dunia ini.Kita mempunyai banyak jenis2 bahasa.Iaitu bahasa percakapan,bahasa pertuturan,bahasa perbualan dan Bahasa perbuatan.So CW ini adalah salah satu jenis bahasa tersebut.jikalo kita ingin mempelajari sesuatu itu dan ia adalah perlajaran baru dalam diri kita untuk mempelajarinya terutamanya anggap ia senang dibelajar walaupun agak susah pada mula2nya.tapi kita harus tanamkan dalam diri kita dimana ia senang pada satu tahap yang kita telah kuasainya.
Maaf saya suka merapu....hahahaha
ok mula2 dowload dahulu software cw_player Click di bawah ini
http://www.f6dqm.fr/software.htm

Maaf saya lebih berpengalaman dalam software CW_player ini dan saya lebih memahami dengan cara software ini.Kerana setiap Software ada cara tersendiri dan rhytem(rentak) kod morse tersendiri.INSYALLAH saya akan cuba mempelajari software lain untuk kita berkongsi bersama.

Kemudian cari satu Buku khas untuk belajarnya.dimana buku tersebut adalah sebagai nota yang kamu akan buat sendiri untuk belajar sendiri.pembelajaran Morse code atau CW ini adalah atas usaha anda sendiri.Saya atau cikgu2 ini akan membantu dari belakang sahaja atau akan membuat ujian peringkat awal sebelum masuk ke peperiksaan akhir pada 8 April 2009 ini.

Sesi Kelas bermula
1.Dalam muka surat pertama tersebut anda tulis semua abjad dimana A sehingga Z dan numeric 1 to 0 dan 5 simbol yang akan digunakan iaitu
fullstops (.)
Comma (,)
slash (/)
Dash (-)
dan
Question Mark (?)

2. bagi penghafalan setiap characters , numeric dan juga symbols ini adalah mengikut step2 dia.pada peringkat awal ini buat Nota dahulu kemudian barulah belajar characters dahulu.Kerana numeric atau nombor dan juga symbols ini amat mudah untuk mempelajarinya.kerana ia tidak banyak seperti characters tersebut.

Setelah rasa diri tersebut hafal..a to z..terus dengar dan cuba dapatkan rhytem setiap huruf atau characters tersebut..contoh rhytem dia adalah
character L
.-.. .-.. .-.. .-.. dit dah dit dit / dit dah dit dit
"li dah gi git"/ "lidah gigit" / "lidah gigit"

huruf F pula
..-. ..-. ..-. ..-. dit dit dah dit / dit dit dah dit / dit dit dah dit
"gi gi sa kit" / "gigi sakit" / "gigi sakit"
dan banyak lagi rhytem pada setiap huruf tersebut...

Cara termudah untuk mendapatkan rhytem atau rentak setiap characters ini boleh lawati website ini
http://www.philtulga.com/morse.html
dan cuba hafal setiap rentak(rhytem) pada setiap characters tersebut.

Tuan-tuan dan saya berharap kali ini ada Puan-puan yang akan mengambil cw-test ini kerana belum ada tercatat sejarah lagi YL atau kaum XYL ini menduduki peperiksaan CW di bawah MCMC lagi.Walaupun kita telah ada Kaum Wanita yang ada 9Ms di Malaysia ini.Cuma 9Ms kaum wanita ini belum ada yang termuda sekali.

ok setakat ini dahulu...sebarang pertanyaan boleh email atau direct call saya eh, no problem..INSYALLAH ada apa yang boleh saya bantu saya akan bantu.

Morse Code test 2009-1

Assalamualaikum
Ujian Kod Morse telah kembali...
Jangan tunggu lama2 lagi..
INSYALLAH blog ini akan menyusuri dengan cerita2 morse code malah pengalaman saya belajar CW..harap ramai lagi akan ke CW test ini dan ramai lagi akan lulus supaya dapat menemani kami di HF dan juga aktif dalam HF.

73 de 9M2AUR
Salam

Tuesday, February 10, 2009

change my url blog

Hi...
Assalamualaikum

I will come change my URL blog from http://9w2aur.blogspot.com TO http://9m2aur.blogspot.com

Coming on end of this month i will change to thats URL...
from this ant. to this ant.


Like same my URL to change it...

Just for your info..

many thausand thanks to all Ham Station to like follow my blog..

73s
DE 9M2AUR