Friday, September 26, 2014

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA SEMUA...

Dua hari lagi genap tiga tahun saya tidak update blog ini dengan hampir hilang password dan id bagi blog ini....ALHAMDULILLAH dapat juga semula dan boleh update semula blog dengan cerita ceriti mengenai ham radio dan aktiviti dalam hobi komunikasi radio amatur ini...

Di sini serba sedikit mengenai mengenai ujian kod morse sesi-2 2014 di SKMM,CYBERJAYA.

Tahniah diucapkan kepada 6 org yang berjaya dari Semenanjung Malaysia

9W2GSG
9W2ADC
9W2TET
9W2VTC
9W2VVX
9W2EWQ


9W2ADC dalam ujian penghantaran (transmit)


9W2TET transmit test 


9W2GSG dalam ujian Tx (sesi penghantaran)

9w2gsg bersama 9m2yot



Kepada yang tidak berjaya jangan mudah putus asa...cuba lagi...ketika ini kita tahu dimana tahap kemampuan kita dan kita boleh cuba untuk perbaiki bersama...perlukan latihan yang banyak dan waktu yang sesuai untuk belajar...

TAHNIAH juga kepada anda semua kerana beranikan diri dan cuba untuk menduduki ujian kod morse ini.

sekian 

all the best
73s

Wednesday, September 28, 2011

JAWAPAN CW TEST - Cyberjaya



SUMBER GAMBAR DARI 9M2AIS DAN 9M2AIR

Jawapan

MAJLIS MESRA HARI RAYA SEMPENA AIDIL FITRI AKAN DIADAKAN PADA AKHIR BULAN INI DI IBU PEJABAT SKMM CYBERJAYA.
PELBAGAI HIDANGAN MAKANAN YANG MENARIK AKAN DISEDIAKAN DISAMPING SAJIAN HIBURAN OLEH WARGA KERJA SKMM.

Nombor pula
19108 39237 56281 93070 47109
85940 76182 26253 45748 65436

INI JAWAPAN DIA
73 ASSALAMUALAIKUM

CW TEST - Cyberjaya

Assalamualaikum
Selamat Pagi semua rakan²
GAMBAR INI PADA CW TEST YANG LEPAS (sekadar pautan untuk rakan2)
Sayang Seribu kali sayang dimana aku tak dapat untuk turut serta bersama rakan2 di SKMM CyberJaya yang mengambil CW TEST kerana menghantar makcik saya ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk ke Tanah Suci Makkah.
Diinfokan dari wartawan tak bergaji 9M2AIR dan 9M2AIS difahamkan seramai 33calon yang berdaftar dan 5orang yang tidak dapat hadir.
CW Test pada sesi pertama 2011 (Exam yang lepas)
harapan kali ini lebih mudah dan bertambahlah lagi rakan2 9m ini terutama di 40M.
selamat berjaya kepada 28calon yang kini berada di dalam Dewan peperiksaan

dan jawapan akan di update kan dalam blog ini selepas mereka keluar dari dewan peperiksaan ini nanti.

SELAMAT BERJAYA
ALL THE BEST
73 DE 9M2AUR

Monday, September 26, 2011

Cable PTT

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog...

kali ini mengisahkan tentang Cable yang salin kulit...
aku ingatkan Ular sahaja yang salin kulit...
rupanya cable PTT pun salin Kulit gak....



nak gi kedai Electronic pulak heatstringTube tak cukop urmmm
kulit ular...hehehehe

bila lurus cable kene gulung pada element yagi untuk dapatkan bulatan seperti wiyer telefon semula atau wiyer ptt..ikat selama sebulan lebih memadai untuk dapatkan gelungan yang cantik semula...


73 de 9m2aur

Wednesday, January 12, 2011

project kembali lagi

Assalamualaikum
Salam Sejahtera...


INTERFACE MULTI USE FOR ANY TRANSCIEVER

lama teman tak update blog teman nie...
rindu jugok kat blog teman nie...

kali ini cerita ceriti mengenai interface yang selalu teman buat iaitu interface ini boleh digunakan untuk echolink,EQSO, digital communication - sstv,rtty,cw,aprs dan sebagainya...

order kali ini plak dari Palembang...
bingung gak nak buat...
tapi cuba jer lah..
ini hasil teman cuba buat..sampai kul 4 pagi....

tapi tak siap2... lagi

baru masuk hari pertama...malam nie sambung lagi tuk hari ke dua...

just tuk tatapan bersama...

projek tuk menebuk lubang pada kotak....dan menyiapkan


ini baru siap kotak2...dan wiyer² yang akan di siapkan seperti gambar rajah di atas sekali...

73 de 9m2aur

p/s: nak sambung lagi buat...

SALAM tuk semua rakan

bye....

Thursday, September 2, 2010

Selamat dalam perjuangan



Gambar kenangan aku diwaktu zaman aktif dulu....kini tinggal kenangan ♫ ♫ ♫ ♫...hahahaha


setup yang pertama HF dan keyer CW waktu 9w2 dulu.... try QSO di 10M CW on 28.005Mhz,28.050Mhz
tak tahu ada lagi atau tidak..lama tak ke 10M..di sebabkan kini ant. HF aku telah jatuh ke tanah...INSYALLAH aku akan setup semula...


Assalamualaikum
Salam Sejahtera pada semua rakan² semua

kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan2....
post kali ini mendoakan semoga rakan2 yang ingin meneruskan perjuangan beliau dalam hobi radio amatur ini bagi meneruskan perjuangan iaitu menambah kelas dalam AA itu..dari kelas b ke kelas A....

sarankan kepada semua rakan2 jgn gopoh dan jgn gapah...apa yang penting kene yakin...
usaha tangga kejayaan...cuba dalam exam tersebut...kalo berjaya ALHAMDULILLAH...tapi kalo tak berjaya jgn putus asa...cuba lagi...mungkin kurang lagi untuk penerimaan itu..anggap ini satu pembelajaran dalam ilmu ini...73

de 9M2AUR

Friday, May 21, 2010

Selesai masalah interface cable for Auto ATU...

Assalamualaikum







Akhirnya berjaya juga selesaikan masalah mencari connector untuk icom 718 untuk disambungkan pada Automatic ATU yang telah lama aku miliki....ke jalan pasar...ke SINGAPORE dan ke JB untuk cari connector ini..rupa²nya connector tu ada kat dalam stor rumah aku.hahahaha....nasib baik rajin nak mengemas stor...hahahaha


so senang sekarang tak payah nak tune² lagi ATU...cari freq. mana nak QSO...pastu TX sekali on AM mode...pastu switch back to SSB...hantam habis...hahahahaha

Monday, May 17, 2010

PROJECT JUMFNN kembali lagi....

ada 1 dah siap...oleh 9w2FNN sape nak cepat.....
call only 0126309034 - aimil


Assalamualaikum....



projel JUMFNN ini adalah project interface untuk echolink yang lama telah ditinggalkan...ini kerana takut lupa akan cara untuk membuat interface ini...saya bersama 9W2JUM &9W2FNN membantu untuk membuat project ini....bagi tempahan untuk interface ini kini dibuka....







0126309034



Aimil



9m2aur@gmail.com







73



Wassalam

Thursday, May 6, 2010

Perjalanan Jauh...!!!

ASsalamualaikum
Salam Sejahtera

Semalam 6 May aku ke Negeri Johor Darul Takzim atas urusan saltmine disana...dalam perjalanan pulang..sempat singgah di Kluang Railways cafe kene secawan kopi dia..ngan Roti Bakar....fuuhh layan...dapat lah jumpa beberapa Ham Station di sana...dan perjalanan pulang dengan bos..mengambil keputusan yang ringkas untuk ikut jalan lama...lalu parit raja...jalan dah banyak berubah...tengah besarkan jalan lagi...lalu batu pahat...pun sama gak...bandar batu pahat tetap sibuk lagi...hehehe
teruskan perjalanan sampai ke Parit Jawa...teringatkan asam pedas ikan fresh...aduuhhh..tapi ikutkan dalam kursus kurang makan nie...so sabar jer lah..hehehe..teruskan perjalanan lagi terus ke Bandar Maharani(Muar) dan tengok jam dah menunjuk pukul 10PM...terus untuk mencari Mee Bandung..dan lalu berhampiran dengan rumah 9M2FX...sempat singgah rumah dia..kaco dia....
Beliau sedang buat project interface dari transciver Kenwood HF dia..ke Komputer...untuk dimasukkan kedalam software recorder...
ini mendapatkan kualiti audio yang original dari transciever..tak macam record guna hp...tapi kelebihan disini HP siap ada camera..macam 9W2BAL buat pada blog dia...ini lah kelebihan seseorang...dan thanks to 9W2BAL dengan setiap kali 40M net dia akan record dan upload kedalam youtube dan blog dia...bukan kerja mudah...3 4 kerja juga tu nak kene buat...transfer dalam komputer dari Hp,upload dalam youtube dulu...dapatkan url link..baru link pada blog.hhehehehe...
thanks to Pak Kamal juga..for your advise mengenai HF dan sebagainya...ALHAMDULILLAH dia pun sehat..dan lama beb tak jumpa dia...
dan thanks to my boss...lepas nie kita pergi lagi bang...QSO ngan APRS ngan HF plak..on mobile...hehehe

Wednesday, March 31, 2010

Cara CW QSO



Assalamualaikum
Salam Sejahtera..


Sekali lagi post malam tadi QSO dengan 9M2RIE pembakar semangat aku untuk mendalami CW QSO...hi hi hi..
CIkgu RAHMAN 9M2AR...saya nak baju....saya dan AMRI akan datang...18wpm...INSYALLAH
73

Ulangan POST


Malam tadi saya dapat chat dengan seorang yang saya tunggu2 beliau untuk amik CW ni...dah berapa kali ajak..macam2 alasan yang diberi...tapi rasa seronok beliau dah terbuka hati nak amik CW test akan datang nie...
Seperti apa yang dijanjikan post kali ini mengajar cara2 QSO dalam bentuk CW di freq.

Sebelum panggil atau buat CQ call monitor dulu frequency free ke tidak
lepas dah confirm tak ada sesiapa guna send ? DE 9M2AUR K atau QRL? DE 9M2AUR K
lepas tu tak ada sesiapa jawab mula panggil CQ CQ CQ DE 9M2AUR 9M2AUR K
kalau Cikgu Rahman jawab dia akan send 9M2AUR DE 9M2AR K
hang pula nanti akan send RR 9M2AR DE 9M2AUR FB TNX CALL BT SLMT PTG CIKGU UR RST IS
599 5NN HW CPY? 9M2AR DE 9M2AUR KN.

Kalau hang hantar endingnya KN Maksudnya hang tak nak lain-lain stesen intrupt hang punya QSO
dengan AR.
RR maksudnya roger/recieved
FB-Fine bznes
HI HI- tu gelak atau ketawa dalam cw selalunya HI dihantar sebanyak 2 kali

OK OK =Selalunya OK di hantar masa tak ada idea......macam bila kita bercakap kita selalu kata errrrrr.......
BT-Macam perenggan permulaan ayat yang baru
Contoh CIKGU DAH MINUM PTG KE BELUM? BT SAYA BARU SAJA MINUM DAN MAKAN KUIH
TADI BT bla... bla... bla...

Masa nak sign kita akan hantar TNX FER CW QSO HPE TO CUAGN 73 9M2AR DE 9M2AUR SK E E

K-Bermaksud over
KN-Bermaksud over QSO anda tidak mahu diganggu oleh mana-mana setesen,secara automatik
mana-mana setesen yang dengar mereka tak akan ganggu QSO yang sedang berlangsung.

BK-Maksudnya break,kebiasaannya BK dihantar diikuti dengan callsign contohnya BK DE 9M2AUR K
Bila QSO lebih daripada satu setesen contohnya Bang Man pun ada hang kena hantar 9M2AR/9M2MGL DE 9M2AUR K.

Watak:
Maaf guna Bang Man 9M2MGL Cikgu CW saya dan ini ayat dia lah...saya curi jerk...hehehe
9M2AR - Cikgu Rahman

ok all the best...
Salam
73 de 9m2aur sk eee